Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • 1.png
  • 2.png
  • banner2.png
  • banner3.png
  • banner4.png
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.png

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah

 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

 

 

Berita Terkini

Masyarakat Melayu Di Luar Negara Perlu Pamer Keindahan Islam


 

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2017 (Rabu) -  Masyarakat Islam Malaysia di luar negara perlu mempamerkan ketinggian nilai budi mereka yang secara tidak langsung menghulurkan imej terbaik kemurnian Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap masyarakat Islam Malaysia sentiasa menjadi contoh terutama di negara yang minoriti rakyat beragama Islam supaya agama suci itu terus dipandang tinggi.

Menurut siaran media MAIPs, baginda bertitah demikian semasa majlis menerima menghadap Pengerusi Persatuan Kampung Utara Melbourne (KUM) Jafni Wahid di Melbourne.

Baginda turut diberi taklimat mengenai perkembangan persatuan yang dianggotai oleh kira-kira 100 keluarga Melayu Malaysia dan Singapura yang menetap di utara Melbourne, Australia.

"Umat Islam Malaysia sentiasa dipandang tinggi oleh bangsa lain kerana ketinggian nilai budi pekerti selain terkenal sebagai umat Islam yang progresif dan produktif," titah baginda.

Raja Muda turut mempelawa KUM menyertai Perkampungan Sunnah yang diadakan saban tahun di Perlis dan mengadakan bengkel khas untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran terutama dalam aspek keusahawanan.

Sempena majlis itu, MAIPs turut menyumbangkan RM6,000 kepada KUM yang kini aktif melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menjalin ukhuwah Islamiah dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya di Melbourne, Australia.

KUM adalah sebuah pertubuhan Melayu Islam yang tidak meraih keuntungan ditubuhkan pada tahun 2009 dan diwartakan secara rasmi sebagai sebuah persatuan pada April tahun lalu.

Sejak diwujudkan, KUM telah mengadakan pelbagai kegiatan termasuk mengundang beberapa tokoh agama dari Malaysia seperti Mufti Negeri Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah Dr Rozaimi Ramle.

Sumber daripada BERNAMA

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

 Ogos 2017

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,883.38 X 85gram /22 hari berniaga 

RM 15,003.97

Pengunjung

4586329
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7084
9067
32967
4507877
118810
186177
4586329

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

PAUTAN