Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Guru Harus Kritis Fikiran Berkelas Dunia


 

KANGAR, 13 Mei 2018 (Ahad) - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi menjayakan transformasi pendidikan negara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda guru, sebagai agen penting dalam proses tersebut juga harus bersedia berubah melaksanakan tugas ke arah kaedah luar biasa, berdaya tahan dan terkehadapan daripada ibu bapa atau pelajar mereka. 

"Transformasi pendidikan adalah berkaitan menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran universal dan mengimbangi ilmu, integriti serta akhlak selaras falsafah pendidikan kebangsaan," titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2018 di Dewan Warisan di sini, malam tadi. 

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail. 

Menurut baginda pembelajaran abad ke-21 perlu lebih menjurus pada pemikiran aras tinggi berbanding kemahiran asas bagi menghasilkan murid yang berupaya membuat hubungkait, ingin tahu, bijak menyoal, boleh berfikir, berinisiatif dan melakukan perubahan tanpa paksaan. 

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin menyatakan komitmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterajui baginda dalam membantu jabatan Pendidikan Perlis meningkatkan pencapaian pendidikan negeri ini. 

Baginda kemudian berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2018 kepada pesara guru Zain Othman, 86. 

Program tersebut buat julung kalinya dikelolakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah seluruh Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Sumber daripada BERNAMA

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5123768
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2718
9058
36794
5033956
118785
178837
5123768

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN