Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

"Beri Beta Peluang Kenali Calon Menteri Besar" - Raja Perlis


 

KANGAR, 13 Mei 2018 (Ahad) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, supaya baginda diberi peluang untuk mengenali calon Menteri Besar sebelum boleh melantik individu untuk menjawat kerusi nombor satu di negeri ini itu.

Baginda bertitah, tidak mengenali kebanyakan wakil rakyat yang dipilih di negeri ini. 

“Sekurang-kurangnya, berilah beta peluang untuk mengenali wakil-wakil rakyat, barulah beta boleh membuat keputusan (melantik Menteri Besar). 

“Beta tahu ramai rakyat Perlis yang tertunggu-tunggu Menteri Besar yang baharu. Berilah peluang beta beberapa hari atau minggu,” titah baginda ketika berangkat bercemar duli merasmikan Perkampungan Sunnah Siri Kelima di Masjid Syed Alwi di sini malam ini. 

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya bertitah, berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri melakukan yang terbaik bagi memajukan negara. 

“Tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja menang. Ini (keputusan memilih kerajaan PH) adalah apa yang rakyat mahu dan mendapat sokongan rakyat. 

“Di Perlis, kita telah menjadi negeri pembangkang dan beta menyeru supaya kita menerima hakikat ini kerana adalah juga kehendak rakyat,” titah baginda. 

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar yang baharu. 

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Azlan Man yang menyandang jawatan berkenaan ketika ditemui di kediamannya di sini malam tadi memberitahu, bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu. 

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri berkata, sebaliknya keputusan menentukan siapa Menteri Besar adalah hak mutlak Tuanku Syed Sirajuddin.

Sumber daripadaUTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5123754
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2704
9058
36780
5033956
118771
178837
5123754

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN