Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • 1.png
  • 2.jpg
  • banner2.png
  • banner3.jpg
  • banner4.png
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.png

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Perbezaan Dalam Fiqh Bukan Sebab Perpecahan - Raja Muda Perlis


 

KANGAR, 7 Jan.2017 (Ahad) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengingatkan bahawa perbezaan dalam sesuatu hukum fiqh bukanlah penyebab untuk umat Islam berpecah.

Dalam hal ini, baginda bertitah, maka sebab itu, umat Islam harus berhati-hati dengan memastikan perbezaan tersebut perlulah berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah sebagai asasnya. 

“Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Jabatan Mufti negeri telah menetapkan silibus fiqh yang berpaksikan dalil dan mengharmoni pendapat pelbagai mazhab,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli mengadakan kunjungan ke dua buah maahad tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Kampung Mengkuang Layar, Behor Mali di sini, kelmarin. 

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan. Hadir sama Ketua Polis negeri yang juga ahli majlis MAIPs, Datuk Azisman Alias. 

Bersempena kunjungan tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan buku Kitab Fiqh Sunnah kepada kedua-dua Maahad Tahfiz al-Quran Nurul Saadah (Perempuan) dan Maahad Tahfiz al-Quran Ar-Raudhah (Lelaki) untuk diajarkan sebagai salah satu silibus dan sumber rujukan di kedua-dua pusat pengajian berkenaan. 

Buku Fiqh Sunnah tersebut merupakan salah satu silibus pengajaran takmir dan kelas MAIPs di seluruh masjid dan surau seluruh negeri ini. 

Baginda seterusnya bertitah, menyarankan agar seluruh maahad tahfiz di negeri ini dapat menjadikan buku Fiqh Sunnah itu sebagai bahan pengajaran kerana pendekatan pemahaman fiqh secara terbuka dengan berpandukan kepada dalil yang merupakan asas kepada pegangan ahlus sunnah wal jamaah. 

Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah (Perempuan) yang kini mempunyai 50 orang penuntut turut termasuk 15 orang yang berasal dari negara jiran, Thailand. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE 

 

 

Pengumuman

Iklan Sebutharga

Iklan Sebutharga 

Mohon untuk klik: 

 

Tawaran kerja membekal

dan memasang 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

November 2017

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,777.23 X 85gram /22 hari berniaga 

RM 14,593.84

Pengunjung

5365478
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
4625
7184
52054
5251892
165025
262856
5365478

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN