Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • 1.png
  • 2.jpg
  • banner2.png
  • banner3.jpg
  • banner4.png
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.png

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

One Centre Pemangkin Keharmonian Kaum, Agama


 

ARAU, 7 Jan.2017 (Ahad) – Sebuah organisasi dikenali sebagai One Centre yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) disasarkan untuk menjadi pemangkin kepada keharmonian di antara masyarakat berbilang bangsa dan agama, pada masa depan.

Sejak mula ditubuhkan hampir tiga bulan lalu, One Centre telah terlibat secara aktif melalui pelbagai program yang dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu Pasukan Dakwah dan Pasukan Dakwah Jalanan yang turut dibantu oleh 31 orang sukarelawan di negeri ini. 

Sehingga kini, sebanyak 13 perbincangan mualaf telah diadakan selain dakwah jalanan, program ‘Bangun Jiwa’ melibatkan 27 buah sekolah menengah di seluruh negeri ini, bengkel dakwah guru-guru MAIPs, bengkel pengajian agama dan dakwah, kembara rumah ibadat dan program kesukarelawan. 

Ketua Pegawai Eksekutif One Centre, Zamri Vinoth berkata, matlamat utama One Centre ialah menjalankan aktiviti dakwah, memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap Islam, memartabatkan golongan mualaf dan memperkenalkan Islam sebenar kepada bukan Islam. 

“Selain itu, ia berperanan sebagai jambatan kepada perpaduan antara agama dan kaum tanpa mengenepikan prinsip Islam,” katanya ketika menyampaikan taklimat semasa majlis pelancaran Projek Kesukarelawan One Centre di pejabat sementaranya di Darul Abrar di sini, baru-baru ini. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan hadir bercemar duli untuk pelancarannya. 

Hadir sama mengiringi baginda ialah Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.nOne Centre yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu turut diselia oleh Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). 

Di akhir majlis, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM204,000 untuk tujuan aktiviti dakwah dan kemasyarakatan operasi One Centre. 

Bagi orang ramai yang berminat untuk tampil menjadi sukarelawan One Centre atau mendapatkan maklumat boleh melayari Facebook One Centre Malaysia atau menghubungi alamat emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sumber daripada Utusan Online

 

 

Pengumuman

Iklan Sebutharga

Iklan Sebutharga 

Mohon untuk klik: 

 

Tawaran kerja membekal

dan memasang 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

November 2017

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,777.23 X 85gram /22 hari berniaga 

RM 14,593.84

Pengunjung

5365504
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
4651
7184
52080
5251892
165051
262856
5365504

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN