Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Pengajian Dikaitkan Keganasan Di Perlis Dihentikan Serta-Merta


 

KANGAR ,10 Okt. 2018 (Khamis) - Pengajian di institusi yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan baru-baru ini, telah dihentikan secara serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diumumkan oleh Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan khas antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan pengurusan institusi terbabit di Istana Arau dekat sini, hari ini.

Menurut Setiausaha MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor, pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Katanya, turut serta Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Noor Mushar.

“Pertemuan ini adalah bertitik tolak daripada isu yang timbul pada masa kini, berkaitan penangkapan beberapa individu warga negara asing yang dikatakan terlibat dengan keganasan di Perlis, di atas titah Raja Muda Perlis.

“Ketua Polis Perlis diundang untuk memberikan pandangan dan nasihat keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd. Nazim, kes itu dianggap terpencil dalam kalangan ribuan warga negara asing yang berada di negeri ini dalam sektor pendidikan dan pekerjaan, sejak sekian lama.

Beliau turut menjelaskan, institusi terbabit, mempunyai seramai 119 orang warga negara asing daripada 19 buah negara sementara yang terlibat dalam tangkapan adalah hanya enam orang.

“Sementara itu sehingga kini, guru, warga asing lain dan 25 orang pelajar tempatan lain yang berdaftar, tiada sebarang rekod dan laporan penglibatan dalam aktiviti keganasan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Mohd. Nazim seterusnya memberitahu, selain menghentikan serta-merta operasi di pusat pengajian terbabit sehingga ke satu tarikh ditetapkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan tapisan keselamatan terhadap setiap individu yang terbabit di institusi berkenaan.

Katanya, perkara seterusnya, pihak pengurusan agama di institusi berkenaan adalah dituntut melaksanakan pengajian dengan pendekatan yang sederhana serta mengambil kira latar belakang setempat.

Beliau seterusnya menegaskan, dengan kenyataan tersebut, diharapkan tiada pihak yang mengaitkan negeri ini dengan isu keganasan setelah diberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk melipat gandakan pemantauan keselamatan di Perlis.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Borang Permohonan Kursus

AKADEMI TRANSFORMASI

ASNAF MAIPs akan

berada di UTC PERLIS untuk

Program Peluang Kerjaya

ASNAF

Negeri Perlis.
JobFair @ UTC 5.0 Anjuran
 

JobMalaysia Negeri Perlis
Hari SABTU 6 Oktober 2018
Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Papar Borang

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5618061
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
8296
7213
52756
5511210
142544
227835
5618061

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN