Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis Rasmi Kempen Op Sifar Keciciran Sekolah

 

 

PADANG BESAR,  21 Mac 2019 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan kempen Op Sifar Keciciran Sekolah di Institut Kemahiran Mara (IKM), Beseri di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan negeri dan MAIPs.

Kempen tersebut melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong dan SK Padang Melangit.

Seramai 250 orang pelajar dari kalangan keluarga asnaf yang terpilih itu, diiringi ibu bapa mereka menghadiri program yang disekalikan dengan aktiviti MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf bilangan yang ke-21 bagi tahun ini.

Ketika bertitah, Tuanku Syed Faizuddin menasihatkan ibu bapa menegur anak-anak dengan cara lebih berkesan bagi mengelak mereka melakukan kesilapan sama.

“Kita tidak boleh marah secara melulu dan sering kali memilih waktu yang salah. Oleh yang demikian, anak-anak tidak mahu lagi berbincang mahupun berterus terang kerana ibu bapa sendiri tanpa disedari telah menutup pintu perbincangan,” titah baginda.

Sebelum itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat SMK Padang Besar (Utara) di Dewan Seri Utara sekolah berkenaan.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Ketika bertitah, baginda menasihatkan para pelajar supaya sentiasa kekal bermotivasi tinggi dan pandai menilai sesuatu yang baik atau buruk.

“Perhebatkanlah disiplin diri kerana ia akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih berjaya di dalam kehidupannya. Pada masa yang sama, perkuatlah juga amalan dan pegangan agama masing-masing serta saling menghormati adat resam dan budaya rakan-rakan pelajar daripada kaum-kaum yang lain,” titah baginda.

 Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7571104
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
5117
6909
12026
7470431
281181
406943
7571104

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

PAUTAN