Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda dipersembah buku karya Profesor Dr. Gao Fayuan di Kunming n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda dipersembah buku karya Profesor Dr. Gao Fayuan di Kunming

Raja Muda dipersembah buku karya Profesor Dr. Gao Fayuan di Kunming

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 17 November 2023 21:50

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah dipersembahkan koleksi buku bertajuk ‘Plateau Women Yunnan, China’ dan ‘The Research Of Zheng He in Yunnan’ oleh Profesor Dr. Gao Fayuan ketika berangkat ke Kunming, China baru-baru ini.

Profesor Dr. Gao Fayuan merupakan Presiden Yunnan Zhenghe Research Association dan Huizu Studies Association of Ethnological of China serta merupakan bekas Canselor Yunnan University.

     

Baginda diiringi Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

     

Sebagai rekod, kerjasama perniagaan China-Malaysia mempunyai kepentingan yang luas.

      

Kedua-dua negara mempunyai hubungan persahabatan selama bertahun-tahun dan China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

   

Pada tahun 2022, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencapai 203.6 bilion dolar AS.

    

Ini menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada 2021.

      

Pelbagai kerjasama perdagangan dilaksanakan membuahkan hasil bagi membantu China dan Malaysia mempercepatkan pembangunan dan pemulihan ekonomi, dan membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

 

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE