Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Festival Malaysia 2023 perkenal produk tempatan, destinasi pelancongan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Festival Malaysia 2023 perkenal produk tempatan, destinasi pelancongan

Festival Malaysia 2023 perkenal produk tempatan, destinasi pelancongan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 09:03

HATYAI, THAILAND: Penganjuran Festival Malaysia 2023 di Central Hatyai, di sini, selama tiga hari merupakan usaha dilaksanakan bagi memperkenalkan produk tempatan kepada pelancong luar khususnya Thailand.

    

Selain itu, penganjuran festival berkenaan juga merupakan platform terbaik dalam meningkatkan sektor pelancongan dan budaya bagi Malaysia-Thailand.

   

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai bertitah, pelancong Thailand juga amat dialu-alukan untuk berkunjung ke Perlis memandangkan negeri itu bakal menganjurkan Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP2024/2025) bermula tahun hadapan.

   

“Perlis mengalu-alukan setiap daripada anda untuk meluangkan masa beberapa hari di negeri ini bagi untuk merasai pengalaman ‘Undeniable Charm’ di sana.

    

“Pelancong Thailand hanya memerlukan perjalanan selama 45 minit melalui darat untuk sampai ke sempadan Perlis bagi mencuba makanan dan juadah kami sambil melawat tempat-tempat pelancongan yang menawan,” titah baginda merasmikan Program Festival Malaysia 2023 di Central Hatyai, di sini, semalam.

   

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Ketibaan baginda disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dan Gabenor Songkla, Somnuk Promkeaw.

    

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Konsul Jeneral Indonesia di Thailand, Suargana Pringganu, Konsul Jeneral China di Thailand, Wu Dongmei dan Datuk Bandar Hatyai, Sakorn Thongmunee.

 

     

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kiri) berkenan melawat reruai yang mempromosikan TMP2024/2025 selepas melancarkan Program Festival Malaysia 2023 di Central Hatyai, Thailand, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

 

      

Menerusi program itu, lebih 10 pempamer turut sama dalam festival selama tiga hari itu bagi memperkenalkan produk buatan usahawan tempatan dan destinasi pelancongan menarik di Malaysia.

    
 

Sementara itu, Ahmad Fahmi berkata, rakyat Thailand sememangnya berminat untuk bercuti ke Malaysia khususnya Perlis dan pihaknya berharap jumlah pelancong dari negara itu akan bertambah pada tahun hadapan.

    

“Penganjuran festival ini juga amat bertepatan pada masanya memandangkan dianjurkan pada akhir tahun bagi mempromosikan destinasi pelancongan tempatan khususnya di Perlis,” katanya.

    

Tambahnya, buat masa ini, beliau juga giat menjalinkan kerjasama dan perbincangan bersama pihak berkaitan bagi mengenalpasti cabaran dihadapi pelancong Thailand sewaktu berkunjung ke Malaysia.

     

“Kita akan lihat apakah isu-isu atau cabaran dihadapi pelancong Thailand sewaktu ke Malaysia antaranya seperti masalah komunikasi,” katanya.

 

  

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE