Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda lawat bekas balu, keluarga Mufti Thailand di Hatyai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda lawat bekas balu, keluarga Mufti Thailand di Hatyai

Raja Muda lawat bekas balu, keluarga Mufti Thailand di Hatyai

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 09:05

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi balu dan keluarga bekas Syeikhul Islam Thailand, Allahyarham Sheikh Abdul Aziz Ismail Phithakkumpol di kediaman beliau di Hat Yai, Thailand.

     

Menyambut beliau adalah Isteri Allahyarham, Romi-Ah Phithakkumpol dan anaknya, Senator Dr. Zakee Abdul Aziz Phithakkumpol.

 

   

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan cenderamata kepada balu dan keluarga Allahyarham Sheikh Abdul Aziz Ismail Phithakkumpol di di Hatyai, Thailand.

 

     

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam iaitu Mufti Thailand atau ‘Chula’ dalam Bahasa Thai pada 2010 dan telah kembali ke rahmatullah pada 22 Oktober lalu.

 

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs untuk Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan yang diserahkan kepada Imam Masjid Jabal Salam, Khuan Lang, Ghazale Srivamad. -SM

 

    

Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

     

Turut mengiringi Baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

 

    

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan bergambar bersama Jawatankuasa Masjid Jabal Salam, Khuan Lang, Hatyai, Thailand.

 

   

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jabal Salam, Khuan Lang.

    

Raja Muda merangkap Yang DiPertua berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs untuk Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan yang diserahkan kepada Imam Masjid berkenaan, Ghazale Srivamad.

 

    

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE