Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UNIMAP UNIVERSITI TEKNIKAL PERTAMA TERIMA ANUGERAH PENSIJILAN TVET PROFESIONAL TERBAIK MALAYSIA n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UNIMAP UNIVERSITI TEKNIKAL PERTAMA TERIMA ANUGERAH PENSIJILAN TVET PROFESIONAL TERBAIK MALAYSIA

UNIMAP UNIVERSITI TEKNIKAL PERTAMA TERIMA ANUGERAH PENSIJILAN TVET PROFESIONAL TERBAIK MALAYSIA

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 09:10

ARAU, 18 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar sejarah menjadi universiti teknikal pertama di negara ini menerima Anugerah Pensijilan TVET Profesional Terbaik Malaysia menerusi Anugerah Pendidikan dan TVET Malaysia (META) 2023 baru-baru ini.

  

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara faktor kejayaan itu adalah dengan memberikan fokus terhadap program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berimpak tinggi dalam bidang berteknologi terkehadapan seperti sektor elektrik dan  elektronik, terutamanya perindustrian semikonduktor.

   

"UniMAP melalui penubuhan Pusat TVET mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan berkualiti dan memperkasakan pelajar UniMAP dengan ilmu pengetahuan, kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal, meningkatkan kebolehpasaran modal insan seiring kehendak pemain industri serta menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama generasi muda," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen 18 UniMAP yang berlangsung empat hari bermula hari ini di Dewan Ilmu, UniMAP di sini.

   

Turut hadir Naib Canselor Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

    

Sebanyak 3,555 graduan menerima ijazah masing-masing dalam konvokesyen kali ini terdiri daripada 2,657 penerima ijazah sarjana muda, 67 graduan ijazah Doktor Falsafah (PhD), ijazah sarjana (121), diploma (551) dan 159 graduan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE).

 

   

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE