Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RaJa Puan Muda sempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RaJa Puan Muda sempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP

RaJa Puan Muda sempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 09:15

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, petang semalam.

     
Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen selaku Pro Canselor berkenan menyempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, petang semalam

     

     

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Sufri Mhd Zin; Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr. Zaliman Sauli; serta pengurusan tertinggi universiti.

    

Seramai 481 graduan telah terlibat pada sidang kali ini yang terdiri dari siswazah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK) dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM).

 

    

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan di Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, petang semalam.

 

     

Dalam titah perutusan Baginda yang dipaparkan pada skrin gergasi yang disediakan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor bertitah, UniMAP telah berjaya menempatkan diri setanding universiti lain di Malaysia di kedudukan 1001 dalam subjek ‘Engineering’ dan kedudukan 600 sehingga 800 bagi subjek ‘Physical Science’ oleh Times Higher Education World University Rankings 2024 mengikut subjek.

     

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra, pengiktirafan ini menunjukkan komitmen UniMAP dalam meningkatkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melahirkan siswazah berkualiti selaras dengan keperluan industri.

    

Baginda bertitah, pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama UniMAP di peringkat negara malah antarabangsa.

 

    

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen selaku Pro Canselor berkenan menyempurnakan Sidang Ke-2 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, petang semalam.

 

     

“Tidak hairanlah jika UniMAP akan semakin dikenali dan menarik lebih ramai minat pelajar khususnya berkaitan subjek Kejuruteraan dan Sains Fizikal,” titah Raja Muda lagi. 

 

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE