Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lebih sejuta pelancong Thailand dijangka berlibur ke Malaysia, tahun depan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lebih sejuta pelancong Thailand dijangka berlibur ke Malaysia, tahun depan

Lebih sejuta pelancong Thailand dijangka berlibur ke Malaysia, tahun depan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 11:39

HATYAI: Kerajaan menyasarkan lebih sejuta pelancong asing dari Thailand melawat ke negara ini, pada tahun depan untuk bercuti di samping menikmati pelbagai tempat, budaya dan juadah istimewa disediakan.

         

Ini berikutan  jaringan kerjasama dari segi sektor pelancongan antara Malaysia dan Thailand dilihat begitu erat dan rancak sehinggakan kedua-dua negara ini sering dijadikan destinasi oleh pelancong dari kedua-dua negara ini.

        

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata selepas penularan pandemik COVID-19 semakin berkurangan, pelancong Malaysia adalah pelancong paling ramai memasuki Thailand untuk bercuti.

         

"Malah, dari awal tahun ini sehingga Oktober lalu, Thailand menerima kemasukan seramai tiga juta pelancong dari Malaysia manakala pelancong Thailand yang datang ke Malaysia dianggarkan berjumlah 700,000 orang.

       

"Meskipun wujud perbezaan daripada segi angka ini, kita perlu mempromosikan pelbagai destinasi pelancongan domestik lebih giat.

        

"Malaysia mempunyai banyak tarikan dan destinasi menarik, walaupun masih wujud kerisauan dalam kalangan rakyat Thailand berhubung situasi COVID-19 di negara ini.

"Namun, tidaklah memberi kesan kerana berdasarkan pasaran (pelancongan) dan pergerakan mereka (pelancong Thailand) ke negara kita semakin memberangsangkan.

     

"Memandangkan tahun depan, Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan sambutan tahun melawat di beberapa negeri lain, kita mengharapkan pelancong Thailand akan meningkat.

     

"Kita menjangkakan lebih sejuta pelancong dari Thailand akan mengambil peluang itu bercuti ke Malaysia, tahun depan," katanya.

     

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Malaysia Festival 2023 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Hatyai, di sini, semalam.

     

Majlis dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Gabenor Wilayah Songkhla, Somnuk Promkeaw; Datuk Bandar Hatyai, Sakorn Thongmunee dan Konsul Jeneral Negara Indonesia dan China

    

Penganjuran Malaysia Festival 2023 tepat dalam usahanya kerajaan untuk mempromosikan barangan tempatan dan destinasi pelancongan terutama Perlis.

     

"Perlis sebuah negeri yang sangat berdekatan serta bersempadanan dengan Thailand. Kita dapati ramai pelancong Thailand gemar memasuki negara melalui jalan darat.

       

"Jadi negeri bersempadanan dengan Thailand seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan mempunyai potensi besar untuk menarik lebih banyak pelancong Thailand melawat Malaysia," katanya.

       

Selain itu, lebih 10 pempamer pelancongan dari Perlis, Melaka, Perak dan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan mempromosikan destinasi, budaya dan juadah istimewa menerusi reruai mereka pada majlis yang berlangsung sehingga esok.

   

Baginda turut bertitah faktor kekuatan mata wang Thailand Baht berbanding Ringgit Malaysia pada waktu ini mampu membawa pelancong Thailand ke negara Malaysia terutama Perlis bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dengan hanya 45 minit perjalanan melalui dari Hatyai hingga ke sempadan Perlis.

 

   

Sumber: Berita Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE