Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Latifah Munirah dari Unimap diiktiraf Top Research Scientist Malaysia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Latifah Munirah dari Unimap diiktiraf Top Research Scientist Malaysia

Latifah Munirah dari Unimap diiktiraf Top Research Scientist Malaysia

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 11:45

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menitahkan bahawa Prof. Madya Dr. Latifah Munirah Kamarudin dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik universiti itu telah diiktiraf sebagai Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023 pada Majlis Penganugerahan Felo dan Pengiktirafan TRSM 2023 baru-baru ini.

     

Titah baginda, pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna buat Unimap.

   

 

“Semoga pencapaian ini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga pendidik Unimap khususnya para penyelidik untuk bekerja lebih keras lagi dalam mendidik anak bangsa seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara,” titah baginda.

 

     

Demikian titah perutusan baginda yang ditayangkan pada skrin disediakan sempena sidang ke-4 Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-18 di Dewan Ilmu Unimap, Kampus Alam Pauh Putra di sini, semalam.

    

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian skrol kepada seramai 341 graduan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN).

     

Turut hadir ialah Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan tertinggi universiti berkenaan.

   

   

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE