Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tahniah ibu dari Gaza beri semangat buat graduan Unimap dari Palestin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tahniah ibu dari Gaza beri semangat buat graduan Unimap dari Palestin

Tahniah ibu dari Gaza beri semangat buat graduan Unimap dari Palestin

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 November 2023 11:47

ARAU: Panggilan telefon daripada ibu sejam sebelum konvokesyen mengucapkan tahniah memberi keceriaan dan semangat buat seorang graduan Palestin, Mohanad, 23, sebelum menerima ijazah dalam sidang tiga Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-18 di Dewan Ilmu di sini, semalam.

      

Panggilan tersebut cukup bermakna buat dirinya yang merasa cukup lega apabila mengetahui ahli keluarga masih selamat di sebalik serangan berterusan Israel di Gaza, Palestin ketika ini.

    

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohanad berkata, ibunya menelefon menggunakan talian antarabangsa dan me­ngucapkan tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di Unimap.

 

“Ibu juga meluahkan rasa bangga dengan kejayaan ini apabila saya dapat menamatkan pengajian di Unimap. Dia (ibu) juga memaklumkan walaupun tidak dapat berada di sini (Malaysia) bagi bersama-sama me­raikan kejayaan ini, namun saya tetap sentiasa berada di hati dan ingatan mereka,” katanya.

 

Pada istiadat berkenaan, Mohanad menerima skrol ijazah yang disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Unimap.

 

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan me­nyaksikan sesi penyerahan surat tawaran kepada Mohamad bagi melanjutkan pengajian di Unimap dalam bidang Sarjana Sains Kejuruteraan Mekatronik.

 

Dalam pada itu, anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, dia juga merasa amat sedih apabila tidak dapat bersama-sama membantu penduduk Gaza yang ketika ini sedang mende­rita akibat daripada konflik pe­perangan.

 

“Saya sedih sebab tidak dapat bersama rakyat Gaza lain ketika ini dan terpaksa duduk sini melihat penderitaan mereka.

 

“Saya juga mengucapkan te­rima kasih kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unimap yang sentiasa membantu pelajar Pa­lestin di negara ini.

 

“Saya berharap satu hari nanti semua negara-negara Islam dapat bersama membantu membebaskan Palestin,” kata­nya.

Dalam pada itu, Mohanad berkata, perbelanjaannya di institusi berkenaan bergantung kepada geran penyelidikan dan pendapatan ibunya yang bekerja sebagai guru tuisyen di Gaza manakala bapanya pula tidak dapat bekerja atas pelbagai faktor.

 

“Sebelum ini saya dapat meng­hubungi ahli keluarga sejak wilayah berkenaan bergolak dan mereka memaklumkan keadaan masih selamat. Saya turut bersyukur kerana kerajaan Malaysia khususnya KPT dan Unimap yang sentiasa prihatin terhadap nasib penuntut Palestin.” katanya.

 

    

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE