Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kejayaan Dr. Latifah Munirah jadi pembakar semangat warga UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kejayaan Dr. Latifah Munirah jadi pembakar semangat warga UniMAP

Kejayaan Dr. Latifah Munirah jadi pembakar semangat warga UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 November 2023 09:35

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor berkenan mengumumkan Prof. Madya Dr. Latifah Munirah Kamarudin dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah diiktiraf sebagai Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023 pada Majlis Penganugerahan Felo dan Pengiktirafan TRSM 2023 baru-baru ini.

       
Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat pada Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

               

             

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, pengiktirafan ini merupakan penghargaan yang cukup bermakna buat UniMAP.

     

“Semoga pencapaian ini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga pendidik UniMAP khususnya para penyelidik untuk bekerja lebih keras lagi dalam mendidik anak bangsa seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara”, titah Raja Muda.

 

          

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan skrol kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

       

Demikian titah perutusan Baginda yang ditayangkan pada skrin gergasi yang disediakan pada Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian skrol kepada seramai 341 graduan daripada Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN).

 
Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan skrol kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

     

Turut hadir ialah Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan tertinggi universiti.

 

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE