Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penjawat awam perlu laksana kerja dengan cekap – Raja Perempuan Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Tengku Fauziah berkenan memotong kek pada majlis Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran HTF di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Raja Muda, Kangar. Tuanku Tengku Fauziah berkenan memotong kek pada majlis Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran HTF di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Raja Muda, Kangar.

Penjawat awam perlu laksana kerja dengan cekap – Raja Perempuan Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Disember 2023 09:06

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid bertitah, setiap penjawat awam perlu sentiasa melaksanakan kerja dengan cekap, bersikap profesional dan berintegriti.

Baginda bertitah, perkhidmatan awam akan menjadi efisien dan seterusnya menyumbang kepada negara yang membangun, maju dan makmur.

 

       

Tuanku Tengku Fauziah dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama jemputan pada Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran HTF di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Raja Muda, Kangar.

 

         

“Para pegawai perkhidmatan awam pastinya telah menempuh pelbagai halangan dan menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadikan individu itu seorang yang berfikiran matang, terbuka serta prihatin untuk menyumbang kepada masyarakat,” titah Baginda lagi.

           

Tuanku Tengku Fauziah bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jalan Raja Muda, Kangar.

      

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah HTF, Dr. Nordin Mohamed serta pegawai-pegawai kanan hospital.

 

   

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

 

       

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan hadir pada Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran HTF di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Raja Muda, Kangar.

 

           

Majlis ini telah dianjurkan oleh HTF dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.

           

Terdahulu, Dr Nordin dalam ucapannya memaklumkan HTF telah menerima pelbagai pengiktirafan kualiti dan aspek pembangunan seperti menerima pensijilan AEMAS Energy Management Gold Standard (EMGS) ‘3 Star’ dan pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) serta Good Manufacturing Practice (GMP) mulai 27 Januari 2023 hingga 26 Januari 2026.

HTF juga turut menerima pensijilan Halal Perkhidmatan Sajian bagi tempoh 16 Januari 2023 hingga 15 Januari 2025, menerima pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi mulai 26 Julai 2023 – 25 Julai 2026 dan pensijilan Hospital Mesra Ibadah.

 

     

Tuanku Tengku Fauziah, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pegawai kanan HTF dan JKN Perlis pada Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis Tahun 2023 anjuran HTF di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Raja Muda, Kangar.

 

         

Dr. Nordin turut menyatakan, pencapaian ini adalah bukan sahaja hasil daripada usaha warga kesihatan negeri Perlis khususnya warga HTF namun juga adalah berkat hasil sokongan yang diberikan oleh Duli-Duli Tuanku jua.

       

“HTF juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di atas inisiatif bersama dalam mewujudkan bangunan Perkhidmatan Dialisis yang kini telah beroperasi dengan jayanya,” katanya.

 

    

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE