Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lima kluster pelancongan bakal rancakkan TMP2024/2025 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Mohd Shukri Ramli bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024/2025) di Dewan 2020, Kangar, Perlis malam tadi. TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Mohd Shukri Ramli bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024/2025) di Dewan 2020, Kangar, Perlis malam tadi. -UTUSAN/AHMAD ADIB AKHYAR AMINARRASHID

Lima kluster pelancongan bakal rancakkan TMP2024/2025

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 08 Disember 2023 14:53

KANGAR: Lokasi pelancongan di Perlis dikategorikan kepada lima kluster dan teras mengikut strategi berbeza berpandukan kepada Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan negeri.

 

Kluster tersebut terdiri daripada Jejak Pelancongan Eko, Jejak Pelancongan Agro, Jejak Pelancongan Budaya, Sejarah, Seni dan Warisan, Jejak Pelancongan Membeli Belah dan Makanan; dan Jejak Pelancongan Sukan dan Rekreasi.

 

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, negeri ini sememangnya sesuai dilawati oleh segenap lapisan masyarakat baik dari dalam mahu pun luar negara kerana menawarkan suasana tenang kepada para pengunjung.

 

“Oleh itu, Perlis benar-benar mempunyai potensi untuk menjadi salah satu destinasi eko pelancongan di Malaysia.

 

“Malah negeri ini juga berada pada landasan terbaik untuk menjadi antara negeri pilihan utama pelancong,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024/2025) di Dewan 2020, di sini semalam.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

 

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, kemajuan dalam industri pelancongan mempunyai banyak potensi khususnya dalam mempercepatkan pembangunan negeri.

 

“Perkembangan sektor pelancongan negeri memberikan kesan limpahan ekonomi kepada banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

“Contohnya melalui pembukaan tempat penginapan yang baharu, ia turut membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, penganjuran TMP2024/2025 menjadi pemangkin untuk menyokong industri pelancongan khususnya dalam merealisasikan sasaran bagi menerima seramai 3.5 juta pelancong ke negeri ini pada tahun hadapan.

 

Katanya, kerajaan negeri akan melancarkan program, acara dan tawaran menarik yang bersesuaian bersempena TMP2024/2025 bagi menarik kedatangan pelancong ke Perlis.

 

“Semua pihak juga harus memikirkan kaedah untuk menarik orang ramai yang pernah melawat ke Perlis untuk berkunjung semula ke negeri ini,” katanya.

 

         

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE