Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Gunakan Kesempatan Tunaikan Ibadah Zakat Dan Wakaf Melalui MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Gunakan Kesempatan Tunaikan Ibadah Zakat Dan Wakaf Melalui MAIPs

Gunakan Kesempatan Tunaikan Ibadah Zakat Dan Wakaf Melalui MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 Disember 2023 14:25

PADANG BESAR: Masyarakat digalakkan menggunakan kesempatan di akhir tahun ini untuk menunaikan ibadah zakat dan wakaf melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang merupakan agensi tunggal pengurusan baitulmal zakat dan wakaf di negeri ini.

 

Dalam masa sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut menggalakkan masyarakat agar memberikan sumbangan bagi menyucikan harta tidak patuh syariah dengan menyalurkannya kepada Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) MAIPs.

 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Nihayatul-Am MAIPs’ anjuran MAIPs bagi menggalakkan masyarakat menunaikan ibadah zakat, wakaf dan sedekah menjelang akhir tahun 2023 di Taman Agrovet, Jabatan Veterinar negeri di sini, semalam.

 

Keberangkatan baginda juga Yang Dipertua MAIPs disambut oleh Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshe dan Ketua Unit Kutipan Zakat MAIPs, Khairil Anwar Othman.

 

Turut mengiringi baginda, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr. Zawida Zahari.

 

Program tersebut dilaksanakan sempena Kayuhan MAIPs Peduli yang mana Tuanku Syed Faizuddin terdahulu daripada itu turut berkenan singgah bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs di rumah masing-masing kepada tiga asnaf terpilih terdiri daripada Shuib Md Saad, 74, dan Salmah Yob, 74, serta Ozid Ahmad, 60,.

 

Dalam pada itu, Syed Aisam berkata, ibadah zakat yang diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan adalah merupakan kewajipan syarak yang mesti dilunaskan sebagai bukti kesyukuran selain dapat membantu mereka yang memerlukan.

 

“Ibadah zakat adalah kewajipan untuk mengagihkan sebahagian kecil daripada harta yang dimiliki, bertujuan untuk menyucikan harta dan jiwa penyumbangnya, dan dapat membantu serta memberikan kekuatan semangat kepada penerima yang layak menerimanya,” katanya.

 

Masyarakat turut boleh melaksanakan sumbangan secara dalam talian dengan melayari laman portal rasmi MAIPs, www.maips.gov.my selain turut boleh melaksanakannya melalui amil-amil kariah di seluruh negeri.

 

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE