Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Lawat Tesla Experience Centre n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berkenan Lawat Tesla Experience Centre

Raja Muda Perlis Berkenan Lawat Tesla Experience Centre

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 Disember 2023 15:04

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Tesla Experience Centre di Persiaran APEC, Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

 

Keberangkatan Baginda merupakan salah satu persinggahan yang diaturkan sempena program ‘Kayuhan DYTM Raja Muda Perlis @ MMU’ sekitar Cyberjaya, anjuran Universiti Multimedia (MMU) itu disambut oleh Pegawai Dasar Awam dan Pembangunan Perniagaan Malaysia & Singapura Tesla Malaysia, Ahmad Hadri Haris dan Penasihat Tesla Malaysia, Ahmad Aiman Roslan.

 

 

 

 

Turut mengiringi Baginda ialah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMU, Prof Datuk Dr. Mazliham Mohd Su’ud serta kira-kira seramai 60 orang peserta kayuhan yang turut terlibat.

 

Tuanku Raja Muda turut berkenan menerima taklimat yang dipersembahkan oleh Ahmad Hadri dan kemudiannya bersama Ahmad Aiman yang juga merupakan alumni siswazah kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di mana Baginda merupakan Canselor UniMAP, dapat merasai sendiri pengalaman menaiki kereta berkenaan.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut dipersembah maklumkan bahawa kedua-dua model Y dan model 3 Tesla menyediakan akses kepada rangkaian Supercharger Tesla, membolehkan pengguna mengisi semula bateri dengan cepat dan mudah.

 

Revolusi kenderaan elektrik dengan Tesla Model Y dan Model 3 ini merupakan pemilihan yang pintar untuk mereka yang mementingkan kelestarian, prestasi, dan gaya dalam setiap perjalanan mereka.

 

 

 

 

Ahmad Hadri dan Ahmad Aiman turut mempromosikan kelebihan kereta Tesla, ‘Dapatkan sekarang untuk merasai kebebasan pemanduan tanpa sempadan dan pengalaman pemanduan masa depan masing-masing dengan Tesla Model Y dan Model 3 iaitu dua kenderaan elektrik inovatif yang mampu mengubah pengalaman pemanduan seseorang.

 

Tesla Model Y, dengan rekabentuk yang elegan dan ruang yang luas, daya kelajuan yang jitu membawa anda ke tahap seterusnya dalam mobiliti lestari’.

 

‘Model Y memukau dengan prestasi yang luar biasa, membolehkan pengguna menikmati pemanduan yang pantas tanpa emisi karbon. Dengan jarak pemanduan yang hebat, pengguna boleh menjelajah dengan lebih jauh.

 

Keupayaan ‘autopilot’ juga memberi keselesaan dan keselamatan tambahan, mengubah perjalanan anda menjadi pengalaman yang benar-benar futuristik’.

 

Sementara itu, Tesla Model 3 adalah peneroka bandar yang cekap dan menarik. Dengan rekaan yang ringkas tetapi elegan. Model 3 menggabungkan gaya dengan prestasi luar biasa.

 

Menggunakan teknologi terkini, Model 3 menawarkan pemanduan yang lancar, penjimatan tenaga yang ketara, dan memberikan impak positif kepada alam sekitar’.

 

 

 

 

Pada kesempatan yang sama Raja Muda mencadangkan agar UniMAP selaku antara universiti mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi iaitu sebanyak 97 peratus dan terkenal khususnya dalam jurusan elektrik dan elektronik (E&E) menjalinkan kerjasama dengan Tesla Malaysia dalam bidang-bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

 

 

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE