Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Impian miliki organisasi budaya mulia bermula dari atasan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Impian miliki organisasi budaya mulia bermula dari atasan

Impian miliki organisasi budaya mulia bermula dari atasan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 13 Disember 2023 11:06

Jika kita mengimpikan sebuah organisasi yang dibudayakan dengan nilai-nilai integriti, jujur dan amanah maka ia harus bermula dari peringkat atasan.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata buku dari Pengerusi Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE), Datuk Prof. Emeritus. Dr. Kamarudin Hussin semasa berangkat mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Ke-6 bagi tahun 2023 baru-baru ini. – Gambar Ihsan MAIPs

 

 

Pihak atasan dan pentadbir sendiri perlulah menyuburkan nilai-nilai tersebut di dalam setiap keputusan, tindak tanduk dan langkah yang mereka ambil.

 

Oleh kerana dunia hari ini sentiasa berubah dan kian mencabar, maka para pemimpin organisasi juga perlu lebih terkehadapan dengan sentiasa memperbaharui ilmu mereka dan kemahiran agar memberi impak yang positif kepada organisasi, kakitangan, pelanggan, agama, bangsa dan juga Ummah.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Ke-6 bagi tahun 2023 baru-baru ini. – Gambar Ihsan MAIPs

 

 

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Ke-6 bagi tahun 2023 baru-baru ini.

Keberangkatan Baginda ke mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) Perlis di Bangunan Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Sungai Chuchoh, Padang Besar tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs bertitah, kepimpinan yang baik memerlukan seseorang pemimpin itu untuk menggerakkan kesemua ahli kumpulannya ke satu arah yang positif seperti yang telah ditetapkan di dalam strategi organisasi.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang ketika mempengerusikan Persidangan Mesyuarat MAIPs Ke-6 bagi tahun 2023 baru-baru ini. – Gambar Ihsan MAIPs

 

 

Ini termasuklah menanam nilai-nilai mulia organisasi yang mencorakkan budaya kerja yang hebat.

 

Tambah Raja Muda lagi, seorang pemimpin itu juga perlulah memenangi hati dan perasaan ahli kumpulannya dan perlu dihormati berdasarkan pencapaian dan mutu kepimpinan yang diserlahkan.

“Pada masa yang sama pemimpin juga perlu mempercayai dan menyerlahkan nilai-nilai yang baik yang tentunya akan diperhati dan ditiru oleh para pekhidmatnya,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra. 

 

    

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE