Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UMAM di Perlis tawar lima pengajian Doktor Falsafah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UMAM di Perlis tawar lima pengajian Doktor Falsafah

UMAM di Perlis tawar lima pengajian Doktor Falsafah

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 Disember 2023 15:09

Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis kini menawarkan lima program pengajian peringkat Doktor Falsafah iaitu Teknologi Maklumat, Pengajian Islam, Pendidikan, Pengurusan Perniagaan dan Sains Sosial.

Selain menumpukan dalam bidang penyelidikan, penelitian dan kajian akademik, UMAM turut mensasarkan pelaksanaan program sosial dan komuniti untuk manfaat umat sejagat dalam mendokong hasrat mewujudkan komuniti seimbang serta mempertingkatkan peranan universiti dalam memberikan impak kepada masyarakat.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat sudut pameran semasa berangkat di Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

 

 

Untuk rekod, UMAM di Perlis, Malaysia merupakan kampus Universitas Muhammadiyah yang pertama beroperasi di luar negara Indonesia hasil daripada kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia.

 

Demikian dipersembah maklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Naib Canselor UMAM, Profesor Ir. Dr. Waluyo Adi Siswanto baru-baru ini.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra ke Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar adalah bersempena Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat universiti itu.

 

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan pengurusan UMAM semasa berangkat ke Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

 

 

Baginda diiring oleb Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Raja Muda juga dipersembah maklum mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekitar universiti tersebut selain perkembangan terkini pengambilan pelajar kohot 1 bagi sidang akademik yang akan datang.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan tandatangan buku pelawat UMAM semasa berangkat di Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang begitu memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan dalam negeri ini turut mengalu-alukan para pelajar UMAM ke Perlis yang dijangkakan seramai 150 orang di peringkat Pasca-Siswazah pada setiap semester.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE