Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saran Perkukuh Semangat Kesukarelawanan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Saran Perkukuh Semangat Kesukarelawanan

Raja Muda Perlis Saran Perkukuh Semangat Kesukarelawanan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 Disember 2023 22:38
BESERI, 16 Disember - Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong-menolong dan membantu, selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisyen ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat.
 
Mengambil contoh seorang muallaf berasal dari Thailand, Maisarah Abdullah atau nama asalnya Kingkan Panya yang berpengalaman luas sebagai seorang sukarelawan serta pernah menjadi penterjemah pada Sukan Asia 1998 di Bangkok dan Sukan SEA 1995 di Chiang Mai dan kini bergiat aktif sebagai jurulatih bola tampar di SMK Tengku Suleiman dan SK Beseri.
 
"Maisara merupakan salah satu contoh Muallaf yang cekal dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu serta memperbaiki kehidupan diri serta keluarga. Sikap sebeginilah yang perlu dicontohi dan diteladani semua’, titah Tuanku Syed Faizuddin.
 
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan Anugerah Muallaf Contoh 2023’ daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Maisarah di Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya, Beseri.
 
Maisara merupakan pemegang Ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand menerima sumbangan sebanyak RM1,000 dan cenderamata daripada MAIPs selain sijil.
 
Ibu tunggal kepada 4 orang anak ini berniaga beras pulut secara kecil-kecilan bagi menyara keluarganya dan terus mendalami dan mendapat bimbingan berkaitan Agama Islam di PERKIM Perlis.
 
 
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE