Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda tinjau Fasiliti Solar Photovoltaic Berskala Besar di Chuping n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke tinjauan ke Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke tinjauan ke Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini.

Raja Muda tinjau Fasiliti Solar Photovoltaic Berskala Besar di Chuping

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 03 Januari 2024 15:57

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan tinjauan ke Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Solarvest Holdings Bhd (Solarvest), Windsor Khor, Pengurus Projek, Ng Yu-Yang dan Pengurus Pembinaan Azmidi Mohd Jelani.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar ketika berangkat meninjau ke Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini.

 

 

Dalam sesi taklimat yang dipersembahkan kepada Raja Muda, Solarvest melaksanakan kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pengoperasian (EPCC) bagi ladang solar berkapasiti 50 Megawatt (MWac) untuk tetuan Classic Solar Farm Sdn. Bhd.

 

Syarikat Solar ini merupakan yang terbesar dan pertama disenaraikan di Malaysia serta pakar tenaga bersih terkemuka di Asia Tenggara.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli sempena lawatan ke Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini.

 

 

Keberangkatan Baginda ke projek tersebut ialah sebagai salah satu kunjungan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih sebelum itu terdiri daripada Mohd Yusree A. Rashid, 33 di Jalan Padang Nyu; Halimatun Saadiah Md Noh, 28 di Kampung Gial; dan Mohd Firdaus Rosli, 37di Kampung Baru Guar Nangka.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra semasa berada di Fasiliti Solar Photovoltaic (LSSPV) Berskala Besar di Chuping, baru-baru ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE