Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 5,148 asnaf disaring kesihatan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sambil diperhati anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Tambun Tulang, Arau. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sambil diperhati anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Tambun Tulang, Arau.

5,148 asnaf disaring kesihatan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 04 Januari 2024 10:31

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah berjaya melakukan saringan ke atas 5,148 orang asnaf di negeri ini melalui Pakej Kesihatan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli.

Ia mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada sepanjang tahun 2023.

 

Pakej kesihatan ini merangkumi dua fasa iaitu fasa yang pertama melibatkan perkhidmatan saringan kesihatan dan ceramah kesihatan yang meliputi penjagaan kesihatan, isu kesihatan, kecergasan, penggunaan ubat-ubatan, makan sihat, kesihatan mental dan keselamatan makanan dan fasa seterusnya berupa tambahan perkhidmatan saringan kesihatan mulut.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli bersama ketua-ketua jabatan serta agensi negeri yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang Arau, Perlis.

 

 

Para asnaf yang telah dikenalpasti oleh pihak MAIPs melalui amil-amil kariah akan berkumpul di masjid yang ditetapkan dan melalui persetujuan bersama pihak MAIPs, pakej saringan kesihatan dan ceramah kesihatan dijadikan sebagai pakej wajib untuk semua asnaf tersebut sebelum penyaluran bantuan kewangan diberikan.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Ismuni Bohari berkata, kerjasama ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang disesuaikan dengan halatuju baharu JKN Perlis untuk mempertingkatkan saringan kesihatan selari dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan ke arah ‘Healthy Care For Community’.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sambil diperhati anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Tambun Tulang, Arau.

 

 

“Ia juga selari dengan moto merakyatkan perkhidmatan kepada warga Perlis dalam menjadikan kesihatan sebagai tanggungjawab bersama melalui ‘Program Sihat Milik Semua,” katanya.

 

Dr Ismuni memaklum demikian ketika mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama-sama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail pada Program Kayuhan MAIPs Peduli.

 

Kayuhan sejauh 25 kilometer ini disertai oleh ketua-ketua jabatan serta agensi negeri dan persekutuan seramai 50 orang itu bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang Arau, Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sementara itu, tiga asnaf terpilih telah menerima kunjungan dan disantuni oleh Raja Muda Perlis pada edisi kali ini.

 

Mereka adalah Aziz Taib, 79 dari Kampung Kepala 30; Siti Khalijah Abu Bakar, 40 dari Kampung Pida Dua Sekerat; dan Halimah Kasim, 79 dari Kampung Tambun Tulang telah menerima sumbangan wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah bagi memudahkan urusan seharian para penerima. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE