Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kayuhan MAIPs diketuai Raja Muda Perlis agih lebih RM29 juta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Program Kayuhan Kali Ke-80 sebagai Penutup Tirai Tahun 2023 di Wisma MAIPs 2, Kangar, Perlis baru-baru ini.-UTUSAN TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Program Kayuhan Kali Ke-80 sebagai Penutup Tirai Tahun 2023 di Wisma MAIPs 2, Kangar, Perlis baru-baru ini.-UTUSAN

Kayuhan MAIPs diketuai Raja Muda Perlis agih lebih RM29 juta

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Januari 2024 15:19

KANGAR: Program kayuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diperkenalkan sejak 2013 telah berjaya mengagihkan sumbangan agihan zakat sebanyak RM29,301,500 membabitkan 45,425 penerima secara keseluruhan.

 

Ia membabitkan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali yang turut melibatkan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

 
 

Sepanjang tahun 2023 pula, MAIPs berjaya mengagihkan sumbangan agihan zakat sebanyak RM4,529,000.00 kepada seramai 6,470 asnaf di seluruh negeri ini melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli itu.

 

Kesemua 80 kayuhan yang dilaksanakan tahun lalu itu juga melibatkan keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013 sehingga ke hari ini seramai 45,425 penerima telah disampaikan sumbangan dengan jumlah penuh agihan MAIPs bernilai RM29,301,500 dengan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali.

 

Katanya, MAIPs amat beruntung kerana kesemua program melibatkan komitmen penuh daripada Raja Muda Perlis yang berangkat sendiri mengetuai program.

“Saya juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Kesihatan negeri sepanjang menjayakan segmen pemeriksaan kesihatan kepada 102 kariah masjid di seluruh Perlis sepanjang tahun lalu melalui program ini.

 

“Dalam masa sama, saya turut berterima kasih atas kerjasama ketua-ketua jabatan dan para petugas yang menjayakan penganjuran program sepanjang tahun 2023 terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta semua rakan strategik dan para penyumbang zakat kepada MAIPs.

 

“Harapan saya agar pada tahun 2024, MAIPs akan dapat mengembangkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak dalam memberikan impak kepada golongan sasar,” katanya selepas
Program Kayuhan Kali Ke-80 sebagai Penutup Tirai Tahun 2023 di Wisma MAIPs 2, Kangar baru-baru ini.

 

Pada edisi kali ini, Zakaria Bakar,66, dari Kampung Kota Keran; Roseli Mat Ros,65, dari Behor Gonchar dan Zainol Mahamud Hashim di Behor Temak telah menerima bantuan sumbangan wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah daripada Tuanku Syed Faizuddin.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE