Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengiat industri pelancongan perlu kreatif, inovatif – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengiat industri pelancongan perlu kreatif, inovatif – Raja Muda Perlis

Pengiat industri pelancongan perlu kreatif, inovatif – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 08 Januari 2024 08:24

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya para penggiat industri pelancongan di negeri ini lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan dalam usaha menarik minat pelancong terus bertandang ke Perlis.

Malah titah Baginda, kualiti perkhidmatan di setiap peringkat juga perlu sentiasa berada di tahap yang terbaik agar para pengunjung berpuas hati dan membawa pulang pengalaman yang bermakna serta kembali semula ke negeri ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menandatangani plak Wan’s Homestay & Resort Kuala Perlis di Jalan Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis.

 

 

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan dan juga menunaikan solat Maghrib berjamaah di Wan’s Homestay & Resort Kuala Perlis di Jalan Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengurusnya, Muhammad Amin Hazwan Abdul Hamid.

Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Sebelum itu, Raja Muda telah mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli Kali Ke-2 bagi Tahun 2024 sejauh 20 kilometer anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kayang.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan bergambar bersama peserta program Kayuhan MAIPs Peduli ketika singgah di Trek Kurung Tegar.

 

 

Ia melibatkan penyertaan dan sumbangan rakan strategik MAIPs pada kali ini iaitu Fairy Food Industries Sdn Bhd dan Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Perlis dan Kedah.

 

Muhammad Amin Hazwan ketika mempersembahkan taklimat kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra berkata, rumah inap ini menjadi tumpuan para pelancong untuk bermalam sebelum berangkat ke Pulau Langkawi terdiri daripada 11 buah rumah pelbagai jenis dan 7 buah bilik yang berharga dari RM100 sehingga RM380.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan bergambar bersama peserta program Kayuhan MAIPs Peduli di salah sebuah lokasi persinggahan sekitar Kayang.

 

 

Ia dikelilingi sawah bendang, kandang kuda, jarak ke jeti Kuala Perlis hanya memakan masa selama 5 minit dan tempat makan yang menarik menjadikan rumah inap ini mendapat tempahan yang tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan cuti umum.

 

Selain itu disediakan jiga kemudahan dewan terbuka, padang, kawasan tempat letak kenderaan, kafe, surau dan juga tandas awam.

 

Terdahulu itu, Raja Muda turut berkenan singgah di Bengkel Kraf dan Seni Projek Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs yang diusahakan oleh Samat Man di Kampong Tak Kaya, Adiguru mengkraf dan mengubah wau.

 

Baginda juga singgah di Trek Kurung Tegar sebelum menyantuni tiga asnaf terpilih iaitu Bidin Man, 82 dari Kampung Tok Kaya, Rosli Mat, 68 dari Kampung Tanjung Gelam dan Ramly Adam, 77 dari Kampung Kurung Tengar.

Masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan juga beras fidyah. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE