Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Asnaf perlu berusaha majukan diri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Asnaf perlu berusaha majukan diri

Asnaf perlu berusaha majukan diri

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 08 Januari 2024 08:37

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 asnaf terpilih di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis.

Seramai 70 penerima adalah dari kariah Tok Kaya dan 70 lagi dari kariah Behor Masjid yang mana masing-masing menerima RM700.

 

Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra ketika berkenan berangkat mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis. 

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengulangi titah bahawa setiap sumbangan zakat yang dilaksanakan melalui MAIPs akan mendapat pelepasan atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis.

 

 

Terdahulu itu, setiap penerima sumbangan yang hadir juga menjalani pemeriksaan saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.

 

Mereka juga turut menghadiri sesi ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang disampaikan oleh para pegawai daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE