Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Anak-Anak Tanggungjawab Semua Pihak n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan Anak-Anak Tanggungjawab Semua Pihak

Pendidikan Anak-Anak Tanggungjawab Semua Pihak

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 12 Januari 2024 09:51

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak agar dapat meningkatkan kualiti diri dan kehidupan sebuah keluarga.

 

Sungguhpun begitu titah baginda, perkara itu bukanlah tanggungjawab ibu bapa semata-mata sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama.

“Menjadi pemangkin sesuatu perubahan merupakan cabaran besar, tapi jika semua orang bergerak berkumpulan, besarlah impak tindakan kita kepada sesuatu perkara,” titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Penutupan Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM) di Dewan Warisan Kangar, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Prof. Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Program tersebut merupakan anjuran Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Selain dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dalam pada itu, Dr. Kamarudin berkata, menerusi program demikian ia berupaya mencorak watak dan personaliti anak-anak asnaf agar lebih berdaya saing dan mempunyai jati diri.

“Pendidikan mesti diberi keutamaan dan saya amat berharap ibu bapa di sini terus menyokong anak-anak untuk belajar kerana pendidikan ialah hak mereka untuk membina nilai diri,” kata beliau.

Program dihadiri 43 pelajar dari kalangan keluarga asnaf, termasuk 94 sukarelawan UniMAP dan 43 guru.

Sementara Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian. – HARAKAHDAILY 11/1/2024

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE