Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 4 penceramah luar negara sampaikan kutbah Jumaat 26 Januari di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Najmuddin Abdul Karim (kiri) menyerahkan 'Surat Kebenaran Pengimarahan' Masjid kepada Muhammad Firdaus Haron di Masjid Jabal A’la. Kampung Melayu, Kaki Bukit. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Najmuddin Abdul Karim (kiri) menyerahkan 'Surat Kebenaran Pengimarahan' Masjid kepada Muhammad Firdaus Haron di Masjid Jabal A’la. Kampung Melayu, Kaki Bukit.

4 penceramah luar negara sampaikan kutbah Jumaat 26 Januari di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Januari 2024 12:31

EMPAT penceramah terkenal dari luar negara akan menyampaikan kutbah solat Jumaat dalam bahasa Inggeris di empat masjid di Perlis pada 26 Januari ini.

Penceramah itu terdiri dari Sheikh Assim Al-Hakeem di Masjid Alwi Kangar, Dr. Muhammad Salah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar, Sheikh Wasim Kempson di Masjid Negeri Arau dan Dr. Abu Ameenah Bilal Philips di Masjid Terapung Al-Hussain Kuala Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan menyampai bantuan kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs bilangan yang pertama di Masjid Jabal A’la. Kampung Melayu, Kaki Bukit.

 

 

Para ilmuwan ini akan berada di Perlis bagi menjayakan program “Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024” pada 27 dan 28 Januari ini di Dewan 2020, Kangar.

 

Untuk rekod, PISC 2024 adalah seminar antarabangsa yang julung kali diadakan di negei ini yang bertemakan “Light Of Tawheed” yang menyasarkan penyertaan masyarakat tempatan dan luar negeri yang akan datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Program berkenaan adalah inisiatif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Dakwah MAIPs, Perlis Centre of Wisdom dan beberapa lagi pihak.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs bilangan yang pertama pada tahun ini anjuran MAIPs dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Masjid Jabal A’la. Kampung Melayu, Kaki Bukit.

 

Sempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan bantuan MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dari Kariah Kampung Melayu yang menerima bantuan wang tunai RM400 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini iaitu RM8,000.

 

Raja Muda turut berkenan menyaksikan sesi penyerahan ‘Surat Kebenaran Pengimarahan’ Masjid berkenaan oleh Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim kepada Timbalan Pengerusi merangkap Imam Kedua, Muhammad Firdaus Haron.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan menyampai bantuan kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs bilangan yang pertama di Masjid Jabal A’la. Kampung Melayu, Kaki Bukit.

 

 

Masjid ini baru sahaja selesai menjalani penyelenggaraan dan pendawaian semula elektrik sebelum ini.

 

Turut diadakan sesi taklimat Hijrah Minda yang disampaikan oleh Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir yang menyentuh mengenai amalan kebersihan dan pembudayaan kitar semula dengan mengfokuskan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam aspek kebersihan pada setiap masa. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE