Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat diminta lapor sebarang aktiviti jenayah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat diminta lapor sebarang aktiviti jenayah – Raja Muda Perlis

Rakyat diminta lapor sebarang aktiviti jenayah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 17 Januari 2024 13:52

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan harapan agar rakyat Perlis secara umumnya memainkan peranan masing-masing dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa dan menjauhi diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang terlarang.

Tambah Baginda lagi bersempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, selain nyawa serta harta benda rakyat negeri ini terpelihara, para pengunjung juga hendaklah mempunyai keyakinan dan tidak ragu-ragu dalam aspek keselamatan apabila berada di Perlis seperti sebelum-sebelum ini.

 

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menerima cederamata dari Rosita Mohd Khair sambil disaksi Muhammad Abdul Halim.

 

 

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerima sembah mengadap oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim dan isteri, Datin Rosita Mohd Khair di Pejabat Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra.

 

Datuk Muhammad merupakan anak jati Perlis yang berasal dari Jejawi telah dilantik sebagai Ketua Polis Perlis bagi menggantikan Datuk Surina Saad yang bersara wajib pada tahun lalu.

Datuk Muhammad mempersembah maklumkan kepada Raja Muda dan Raja Puan Muda bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis sedang menumpukan usaha dalam melaksanakan pelbagai operasi terutamanya di kawasan sempadan dan seluruh Negeri Perlis bagi menurunkan kadar jenayah dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 

 

Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) PGA Bukit Aman tersebut turut berharap supaya setiap pegawai dan anggota PDRM Perlis akan memberikan komitmen sepenuhnya, serta mengharapkan kerjasama daripada agensi kerajaan mahupun swasta serta seluruh masyarakat bagi sama-sama menjamin kesejahteraan dan ketenteraman negeri ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE