Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sunview meterai perjanjian projek tenaga mampan bersama rakan kerjasama Kemboja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sunview meterai perjanjian projek tenaga mampan bersama rakan kerjasama Kemboja

Sunview meterai perjanjian projek tenaga mampan bersama rakan kerjasama Kemboja

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 17 Januari 2024 13:53

PETALING JAYA – Anak syarikat Fabulous Sunview Sdn. Bhd. (Sunview) telah memeterai perjanjian perniagaan strategik bersama rakan kongsi perniagaan dari Kemboja, hari ini.

 

Objektif perjanjian tersebut adalah untuk mempromosi serta membangunkan dan menguruskan projek tenaga mampan di sebuah tanah seluas kira-kira lapan kilometer persegi di wilayah Tboung Khmum.

 

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunview, Ong Hang Ping, pihaknya telah memperoleh Kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) secara eksklusif untuk projek berkenaan.

 

“Kami sangat teruja kerana dengan kerjasama ini, kami dapat meluaskan jangkauan geografi melangkaui pasaran tempatan.

 

“Bukan itu sahaja, kerjasama ini juga melangkaui usaha perniagaan semata-mata. Ia turut membuktikan komitmen kami terhadap penggunaan tenaga hijau dan mampan.

 

“Bagi kami, kelestarian bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, ia memerlukan usaha kolektif daripada kita semua,” ujarnya ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Rakan Stategik Kemboja Dan Sunview Sdn. Bhd. bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang di sini, hari ini.

Pemeteraian perjanjian itu turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

 

Tambah Ong, beliau optimis kerjasama tersebut bakal membuahkan hasil yang bermakna dan dapat menyumbang secara positif terutamanya terhadap alam sekitar dan komuniti yang terlibat.

 

“Sumber tenaga yang besar itu bukan sahaja bertujuan untuk keperluan harian rakyat tetapi juga untuk memangkin pembangunan ekonomi di rantau tersebut.

 

“Kami juga sangat berbangga dengan peranan kami sebagai rakan kongsi wilayah Tboung Khmum dan dapat bekerja secara kolaboratif untuk mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui di wilayah tersebut,” katanya.

 

 

Sumber: Kosmo Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE