Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap Panglima Briged Ke-30 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap Panglima Briged Ke-30

Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap Panglima Briged Ke-30

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 17 Januari 2024 13:59

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima sembah mengadap pengenalan oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim dan isteri, Datin Zuraidah Ismail.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan diiringi Mohd Zaini dan Zuraidah melawat Pameran Inspirasi Serikandi di Galeri UniMAP.

 

 

 

Majlis mengadap tersebut diadakan di Pejabat Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

 

Mohd Zaini menghadiri Acara Serah Terima Tugas Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia Yang Ke-13 daripada Brigedier Jeneral Yazid Yusuf di Padang Kawad Kem Bukit Cowder pada 2 Januari baru-baru ini.

 

Beliau mempersembah maklumkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bahawa pasukannya telah dipertanggungjawab untuk mempertahankan Utara Semenanjung Malaysia daripada sebarang bentuk ancaman atau pencerobohan luar dan memainkan peranan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat diutamakan.

30 Briged dengan misi ‘Mengekalkan Tahap Kesiagaan Tinggi Bagi Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab Dengan Berkesan’ juga akan sentiasa bersedia untuk membantu Pihak Berkuasa Awam (PBA) dalam hal berkaitan membantu menguruskan keperluan operasi bantuan kemanusiaan.

 

Pasukan ini turut berada dalam keadaan siap sedia untuk diaturgerak sekiranya terdapat kejadian rusuhan dan lain-lain ancaman yang melibatkan ketenteraman awam.

 

Terdahulu daripada itu Mohd Zaini dan isteri bersama-sama Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli mengiringi Raja Muda dan Raja Puan Muda melawat ‘Pameran Inspirasi Serikandi’ di Galeri Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menerima sembah mengadap pengenalan oleh Mohd Zaini dan Zuraidah selepas majlis sembah mengadap di Pejabat Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

 

 

‘Pameran Inspirasi Srikandi’ adalah pameran berkisarkan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah selaku Pro Canselor UniMAP dan telah mula dipamerkan pada 18 November 2023 sehingga 18 April 2024.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE