Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis terima mengadap Gabenor Wilayah Tboung Khmum, Kemboja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis terima mengadap Gabenor Wilayah Tboung Khmum, Kemboja

Raja Muda Perlis terima mengadap Gabenor Wilayah Tboung Khmum, Kemboja

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 17 Januari 2024 14:01

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Gabenor Wilayah Tboung Khmum dari Kemboja iaitu Cheam Chansophorn di Hotel Dorsett Grand Subang, Petaling Jaya.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata dari Cheam Chansophorn di Hotel Dorsett Grand Subang, Petaling Jaya.

Pertemuan diadakan selepas Baginda dan juga Cheam menyaksikan majlis pemeteraian perikatan perniagaan strategik antara Fabulous Sunview Sdn Bhd dari Malaysia dengan beberapa syarikat Kemboja untuk membangunkan kemudahan solar di wilayah berkenaan yang terletak 170 kilometer dari ibu negaranya, Phnom Penh.

 

Ia merupakan bandar yang ketiga terbesar di Kemboja dan mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 860,000 orang.

 

Turut hadir Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail, Presiden ASEAN Chamber Of Commerce & Industry, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunview Group Berhad, Ong Hang Ping.

Dalam sesi lain sebelum ini Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim pernah menyembah maklumkan kepada Raja Muda bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja baik dan erat semenjak terjalinnya pertalian diplomatik antara kedua negara sejak 67 tahun lalu.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual ketika menerima sembah mengadap Cheam Chansophorn di Hotel Dorsett Grand Subang, Petaling Jaya.

 

 

Keakraban kedua negara juga di taksirkan dengan lawatan-lawatan rasmi pemimpin terutamanya dari Malaysia.

 

Terkini tiga Perdana Menteri Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke Kemboja iaitu Tun Mahathir Mohammad pada tahun 2019, Dato Seri Ismail Sabri pada tahun 2021 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2023.

 

Eldeen Husaini juga mengalu-alukan kedatangan ahli perniagaan Malaysia termasuk dari Perlis untuk melabur di Kemboja memandangkan ada banyak peluang terbuka dalam pelbagai sektor peniagaan terutamanya dari sudut pertanian dan makanan berproses.

Tambah beliau, organisasi seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di bawah Kedutaan dan juga Malaysia Business Chamber In Cambodia (MBCC) usahawan Malaysia akan dapat menikmati segala pertolongan dan bantuan yang diperlukan untuk membina kerjaya dan pernigaan di bumi Kemboja ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan bersama Cheam Chansophorn (berdiri kiri sekali) pada majlis perikatan perniagaan strategik antara Fabulous Sunview Sdn Bhd dari Malaysia dengan beberapa syarikat Kemboja di Hotel Dorsett Grand Subang, Petaling Jaya.

 

 

Untuk rekod, Kemboja telah mengadakan Pilihanraya Umum pada tahun lalu yang menyaksikan peralihan kuasa selepas 38 tahun pemerintahan di bawah Perdana Menteri Hun Sen dan beliau telah menyerahkan jawatan itu kepada anaknya, Perdana Menteri Hun Manet, pada bulan Ogos tahun lalu. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE