Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Program kayuhan sejuta kasih PTPTN medium pupuk semangat kekitaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyertai aktiviti kayuhan sempena Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta. DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyertai aktiviti kayuhan sempena Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta.

Program kayuhan sejuta kasih PTPTN medium pupuk semangat kekitaan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Januari 2024 10:29

KANGAR – Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi medium yang dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat ke arah pembentukan gaya hidup cergas, sihat dan cerdas.

 

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, program yang julung kali dianjurkan PTPTN bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu juga boleh mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat di Perlis secara keseluruhannya.

“Melalui aktiviti berbasikal seumpama ini juga, ia secara tidak langsung dapat membantu masyarakat Perlis sekitarnya melalui penyampaian sumbangan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan media sempena pelepasan program kayuhan sejuta kasih di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

 

 
 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan menyertai kira-kira 100 peserta program yang turut disertai Norliza, Pengurusan PTPTN, Pengarah Pejabat PTPTN Negeri, agensi kerajaan dan swasta.

 

Norliza berkata program yang mendapat perkenan Raja Muda Perlis itu merupakan antara inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat dalam usaha membantu golongan memerlukan selain mempromosikan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024.

 
 

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan antaranya Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

 

“Turut terlibat Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis Volunteer Action Community (PVAC) serta pelbagai pihak berkaitan,” katanya.

 

Beliau berkata, semasa program kayuhan itu, Raja Muda Perlis turut menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 18 keluarga asnaf dan PTPTN pula menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime  kepada 24 anak yatim dengan masing-masing menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

 

“Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis.

“PTPTN terus prihatin membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang dengan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan Kangar,” katanya.

 

Norliza berkata, penyampaian sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 turut diadakan pada program berkenaan.

 

 

Sumber: Malaysia Gazette

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE