Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU LAPORAN TAHUNAN MAIPS 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut ketika berkenan berangkat ke program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 Tahun 2024 di Masjid Ali Imran, Pauh Putra. Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut ketika berkenan berangkat ke program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 Tahun 2024 di Masjid Ali Imran, Pauh Putra.

MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU LAPORAN TAHUNAN MAIPS 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Januari 2024 15:24

PEMAKLUMAN ada perubahan pada senarai nama empat ilmuwan terkenal luar negara dan lokasi untuk menyampaikan khutbah solat Jumaat dalam bahasa Inggeris di empat buah masjid di Perlis pada 26 Januari ini.

Sheikh Hussain Yee akan menggantikan Dr. Abu Ameenah Bilal Philips di Masjid Alwi, Kangar; Dr. Muhammad Salah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar; Sheikh Assim Al-Hakeem di Masjid Negeri, Arau dan Sheikh Wasim Kempson di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf pada program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 Tahun 2024 di Masjid Ali Imran, Pauh Putra.

 

 

Para ilmuwan ini akan berada di negeri ini bagi menjayakan program “Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024” pada 27 dan 28 Januari ini di Dewan 2020, Kangar.

 

Perubahan terkini ini telah dipersembah maklum oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas Baginda berkenan berangkat menyempurnakan program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 Tahun 2024 di Masjid Ali Imran, Pauh Putra.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Turut hadir CEO Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Mohd Muazzam Mohamed.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf pada program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 Tahun 2024 di Masjid Ali Imran, Pauh Putra.

 

 

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih bagi anak kariah Pauh Putra.

 

Masing-masing menerima RM700 dengan jumlah penuh diagihkan oleh MAIPs pada sesi ini berjumlah RM14,000. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE