Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda rasmi Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat salah satu koleksi tudung semasa merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar. Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat salah satu koleksi tudung semasa merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Raja Puan Muda rasmi Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Mac 2024 08:28
Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan di persembah maklum mengenai koleksi tudung semasa merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

 

 

RAJA Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas Bawal Exclusive, Mohd Rosli Awang serta Haliza Maysuri.

 

Bawal Exclusive merupakan pengeluar, pemasar, pereka dan juga pengedar produk berjenama mewah dan eksklusif. Syarikat ini telah bekerjasama dengan Swarovski dan menghasilkan tudung bawal yang dengan elemen kristal yang memukau.

 

Butik Diini Rizqin pulak merupakan satu-satunya ‘Authorized Reseller’ bagi Bawal Exclusive di Perlis. Terdapat hanya 9 sahaja ‘Authorized Reseller’ di negara ini.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan menyaksikan pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi-koleksi menarik yang boleh didapati di butik ini.

 

Sementara itu, mengambil sempena ‘Sambutan Hari Wanita Antarabangsa’ atau ‘Hari Wanita Sedunia’ yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, Tuanku Raja Puan Muda bertitah bahawa wanita adalah tunjang utama kepada kejayaan hidup seseorang insan.

 

Malah wanita menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah negara.

 

 

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan merasmikan pembukaan Bawal Exclusive Perlis Diini Rizqin di Butik Diini Rizqin, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar.

 

 

Pembentukan dan pendidikan awal daripada institusi keluarga memberikan impak yang cukup besar kepada perkembangan ilmu dan jati diri seseorang manusia.

Wanita yang bergelar sebagai ibu menjadi watak penting dalam membentuk kestabilan pemikiran, fizikal dan rohani seseorang anak. Begitulah juga wanita yang bergelar sebagai isteri menjadi pendokong kepada kejayaan seseorang suami.

 

Proses lengkap melengkapi dan kerjasama antara satu sama lain menjadi kekuatan kepada pasangan yang berumah tangga dalam mengharungi badai kehidupan yang serba mencabar ini.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE