Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Ditetapkan RM7 Dan RM10 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Ditetapkan RM7 Dan RM10

Kadar Zakat Fitrah Di Perlis Ditetapkan RM7 Dan RM10

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Mac 2024 16:08

KANGAR - Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan manakala RM10 untuk beras import (bukan spesial tempatan).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.

"Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah seperti mana yang ditetapkan itu bagi diri dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungannya.

"Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah itu kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Nazim berkata, sesiapa yang tidak atau ingkar memberi zakat fitrah dengan sepenuhnya atau menghasut orang lain daripada melakukannya, membayar atau menerima zakat fitrah bukan sebagai amil yang dilantik pihak MAIPs adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh dikenakan denda.

Sumber daripada Sinar Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE