Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - IPD Tawau terima kunjungan Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (duduk) bergambar bersama Jasmin dan pegawai IPD Tawau. ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (duduk) bergambar bersama Jasmin dan pegawai IPD Tawau.

IPD Tawau terima kunjungan Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 Mac 2024 07:43

TAWAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Majlis Iftar bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini kelmarin.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin bersama barisan Ketua-ketua Bahagian, Ketua Unit dan Ketua Polis Balai.

 

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) kepada Masjid As Salam IPD Tawau.

 

Sumbangan itu bertujuan membantu pihak pengurusan Masjid As Salam menjalankan tanggungjawab dalam aspek fardhu kifayah seperti urusan pengebumian jenazah.

 

Selain itu, ia juga untuk kegunaan pihak masjid menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya.

 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar semua warga IPD Tawau berusaha memberikan tanggapan positif kepada rakyat di negara ini melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

 

“Teruskan bersemangat dalam menggalas amanah dan kewajipan yang telah diberikan, serta lakukan demi bangsa, agama dan negara.

 

“Sesungguhnya, tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah pekerjaan yang mulia disisi Allah SWT,” titah baginda sempena Majlis Iftar Ramadan di IPD Tawau.

 

 

Sumber: Utusan Borneo

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE