Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sembilan rumah rosak akibat ribut di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sembilan rumah rosak akibat ribut di Perlis

Sembilan rumah rosak akibat ribut di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 27 Mac 2024 09:41

KANGAR, 27 Mac- Sebanyak sembilan buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin serta struktur rumah yang rosak susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira pukul 5 petang semalam. 


Sehingga 8 pagi ini, dua buah di Kampung Kechor dan Arau dilaporkan rosak serta masing-masing sebuah di Kampung Batu 2 Lama, Kampung Kubang Gajah,Kampung Teluk Jambu, Sungai Batu Pahat, Kampung Sempering.


Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi sebaik kejadian berlaku menerusi maklumat diperolehi daripada pengurusan masjid di setiap kawasan terjejas.


"MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.


"Mereka yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan beserta gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


"Bagi kerosakan kecil, bantuan membaiki kediaman akan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bagi kerosakan besar dibawah tanggungjawab MAIPs, manakala bagi premis perniagaan akan diuruskan Majlis Perbandaran Kangar,"katanya dalam kenyataan tersebut.


Turut melawat mangsa yang terjejas ribut ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE