Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Solat Aidilfitri Di Perlis Digalakkan Dilaksanakan Di Tanah Lapang - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Solat Aidilfitri Di Perlis Digalakkan Dilaksanakan Di Tanah Lapang - Raja Muda Perlis

Solat Aidilfitri Di Perlis Digalakkan Dilaksanakan Di Tanah Lapang - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 April 2024 12:16

Arau: Pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh Perlis yang dijangka berlangsung Rabu ini, digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan bermula jam 7.45 pagi sehingga jam 8.15 pagi, tertakluk kepada keputusan yang dipilih oleh jawatankuasa kariah masing-masing.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap jawatankuasa kariah hendaklah memastikan supaya hebahan berkaitan waktu solat yang dipilih, dilaksanakan sebaiknya untuk penyelarasan kepada ahli kariah.

"Pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh jawatankuasa kariah masjid masing-masing di seluruh Perlis dan pelaksanaan ini selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

"Bagaimanapun, pihak jawatankuasa kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan, bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir," titah baginda pada kenyataan media, hari ini.

Titah baginda, bagi pelaksanaan solat Aidilfitri, selain musolla yang ditentukan oleh jawatankuasa kariah seperti surau rasmi, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Kariah Masjid dan mendapat persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

"Dalam keadaan cuaca buruk atau tidak sesuai, solat Aidilfitri akan dilaksanakan di ruang dalam masjid kariah masing-masing pada jam 8.15 pagi dan hebahan berkaitan perubahan lokasi dari musolla ke ruang dalam masjid perlu dimaklumkan oleh jawatankuasa kariah masjid, jam 7.45 pagi.

"Bagi pelaksanaan solat Aidilfitri di kariah Kota Raja Arau pula, ia akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau seperti ketetapan masa yang sudah ditetapkan dan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, solat Aidilfitri akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau," titah baginda.

Baginda yang juga Yang DiPertuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Disiarkan pada: April 8, 2024 @ 1:56pm

Sumber daripada Harian Metro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE