Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkampungan Sunnah dan Perlis Marathon n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Perkampungan Sunnah dan Perlis Marathon

/ Archive MAIPs / Rabu, 17 Januari 2018 02:28

 

TRANG (Thailand) , 17 Jan.2018 (Rabu) - Terdapat dua acara penting di Perlis tidak lama lagi iaitu Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-5 dan Perlis Marathon 2018 yang kedua-duanya akan berlangsung pada Mei depan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis Marathon, berslogankan ‘Race For The Champions’ akan diadakan pada 5 Mei yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Titah baginda, Program Perkampungan Sunnah yang bertemakan ‘Pembersihan Jiwa, Menurut Al Sunnah’ itu pula akan diadakan di Masjid Alwi, Kangar bermula dari 11 hingga 13 Mei ini.

“Ia merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Bagi Perlis Marathon, kategori yang akan dipertandingkan ialah 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan 5 km. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada saluran www.racexasian,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat bercemar duli melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis sambil mengajak rakyat negara ini beramai-ramai datang ke Perlis untuk kedua-dua acara penting tersebut dalam majlis yang diadakan di Hotel Thumrin Thana di wilayah ini kelmarin.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh pengurus besar hotel itu serta ketua penyelaras program, Datuk Zul Aznam Haron dan Ashidan Mat Isa.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor, wakil-wakil daripada majlis agama Islam enam wilayah Andaman serta ahli-ahli Persatuan Muslimah Andaman.

Promosi itu dianjurkan bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman 2018 anjuran MAIPs dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Hotel Thumrin Thana, Trang dan Restoran Shamiza Kampung Gial, Arau, Perlis.

Trang merupakan destinasi ketujuh promosi sedemikian dilancarkan di Thailand oleh baginda selepas Songkhla, Hat Yai, Satun, Krabi, Phuket dan Pulau Panyee di Phang Nga sejak beberapa tahun yang lalu.

Antara menu yang diperkenalkan pada kali ini ialah ‘Kurma Daging Arau’, ‘Pajeri Nenas Padang Katong’, ‘Tulang dan Rebung Padang Besar Selatan’ serta ‘Pekasam Timah Tasoh’.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE