Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sumbang 'Buggy' Untuk Masjid Al-Aqsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Sumbang 'Buggy' Untuk Masjid Al-Aqsa

/ Archive MAIPs / Rabu, 14 Februari 2018 07:28

 

KANGAR, 14 Feb. 2018 (Rabu) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan dua unit 'buggy' atau kereta bugi untuk kegunaan warga emas dan golongan orang kelainan upaya (OKU) di Masjid Al-Aqsa, Palestin.

MAIPs dalam kenyataannya di sini hari ini berkata Yang Dipertuanya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penyerahan kereta bugi olok-olok kepada Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekremah Sai'd Sabri di sini, malam tadi.

Bekas Mufti Palestin itu berada di Perlis bagi menyampaikan pidato sempena program 'Prihatin Al-Quds 2018' anjuran MAIPs di Masjid Tuanku Syed Putra di sini.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan hasil kutipan 'Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis' bernilai RM102,500 kepada Sheikh Dr Ekremah Sai'd.

Pada program malam tadi, Sheikh Dr Ekremah Sai'd mengimamkan solat isyak yang turut disertai Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama kira-kira 1,000 jemaah lain.
Sumber daripada Bernama

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE