Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Mampu Urus Hal-Ehwal Pentadbiran Agama Islam Secara Mapan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Perlis Mampu Urus Hal-Ehwal Pentadbiran Agama Islam Secara Mapan

/ Archive MAIPs / Selasa, 06 Mac 2018 17:28

 

KANGAR, 6 Mac 2018 ( Selasa)  - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis mampu menguruskan hal-ehwal pentadbiran agama Islam negerinya secara mapan di samping berinteraksi sebagai rakan kongsi yang ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan agensi-agensi agama Islam kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf bahawa urusan hal-ehwal Islam sebagai bidang kuasa negeri-negeri.

“Pengiktirafan ini adalah selaras dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing sejak berabad-abad lamanya.

“Justeru, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948 telah mematerikan ‘Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah’ yang tidak terikat kepada mana-mana mazhab ‘fiqh’ sebagai pegangan negeri.

“Maka daripada perspektif federalisme yang dipegang Malaysia, Perlis telah mempunyai garis panduan tersendiri yang dinaungi oleh Institusi Rajanya dan sudah termaktub di dalam Perlembagaan negeri,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan majlis ‘Nadwah Murrabi Ummah Peringkat Negeri, Tahun 1439H/2018M’ di Dewan 2020 di sini hari ini.

Keberangkatan baginda ke program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) itu disambut oleh Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Khairi Hasan serta kira-kira 1,000 hadirin.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, bertepatan dengan cogan kata negara ‘Bersekutu Bertambah Mutu’, usaha murni Jakim telah memudahcarakan negeri-negeri untuk bertindak secara kolektif sebagai sebuah negara di peringkat serantau dan di persada antarabangsa.

Titah baginda, sinergi dan simbiosis antara kedua-dua pihak iaitu negeri-negeri dan Persekutuan akan terus dilestarikan dengan sikap saling hormat-menghormati.

Tambah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), umat Islam tidak akan berpecah-belah dan sesat selagi berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah dengan mengikuti kefahaman generasi sahabat Rasulullah SAW.

Baginda turut menitahkan meminta agar para Murabbi Ummah iaitu imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini khasnya dan umat Islam di Malaysia amnya agar terus menghayati dan mempertingkatkan usaha ke arah melaksanakan nilai-nilai wahyu dan akhlak mulia dalam semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat.

 Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE