Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs komited bantu golongan asnaf untuk berdikari n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs komited bantu golongan asnaf untuk berdikari

MAIPs komited bantu golongan asnaf untuk berdikari

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 06 Ogos 2019 19:02

NUREMBERG, Jerman 6 Ogos - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited untuk menggalakkan golongan asnaf agar berdikari. Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan oleh MAIPs dalam usaha untuk menjadikan asnaf terus cekal berdikari menempuh kehidupan mereka.

Antara lain MAIPs telah menyalurkan sumbangan bantuan modal di bawah Skim Program Peningkatan Ekonomi Asnaf dengan memberikan bantuan peralatan, pusingan modal, bengkel dan sebagainya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM1,000 kepada masjid di Pusat Islam Nuremberg yang diterima oleh imamnya, Tahir Dogan malam tadi, waktu tempatan.

Hadir mengiringi baginda untuk solat ialah Pengarah Urusan Empayar Paradigma, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Tambah baginda lagi, MAIPs turut memperkenalkan 24 program di bawah kolaborasi latihan kemahiran Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dengan syarikat-syarikat yang memberikan jaminan kepada para peserta.

Sebanyak 310 peluang latihan dan penempatan pekerjaan telah disediakan dan warga asnaf di Negeri Perlis perlu merebut peluang tersebut.

Malah sebahagian peserta telah berjaya menamatkan latihan mereka dan telah memulakan langkah baharu ke arah keluar dari takrifan asnaf.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat tiba ke Nuremberg dari Munich pagi tadi dalam rangka lawatan kerja bagi melawat salah sebuah industri pertahanan milik RUAG Ammotec yang terletak di Furch tidak jauh daripada Nuremberg.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE