Antaranya ialah menerusi ‘Pemantapan Aktiviti Penyelidikan Bertaraf Dunia’ bagi menyelesaikan sebarang permasalahan semasa terutamanya yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan di negara lain di seluruh dunia.

Revolusi minda kreatif ‘Menerusi Pembangunan Jiwa Dan Minda’ pula menekankan pembangunan moral dan sifat-sifat beretika bagi mengubah persepsi sedia ada, namun jiwa masih kosong dan bersikap mementingkan diri. Justeru, buktikanlah kepada umum bahawa setiap seseorang itu mempunyai nilai tambah yang lain berkenaan pembangunan jiwa dan minda.

Selain daripada itu juga, revolusi minda kreatif dalam ‘Mengukuhkan Dan Memajukan Perpaduan Serta Integrasi Dalam Masyarakat’ pula adalah bagi membina masyarakat yang stabil dan aman sekaligus membuang sentimen perkauman di kalangan kita semua. Perlu kreatif dalam mencapai kesepakatan di antara satu sama lain yang berbeza dari segi adat dan kepelbagaian bangsa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerina kunjungan sembah mengadap hormat oleh Konsul Kehormat Malaysia di Basel, Datuk Jeffery Sandragesan ketika baginda berangkat ke ThunSwitzerland dalam satu lawatan khas baru-baru ini.

Berangkat sama mengiring ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Baginda turut menambah bahawa ‘Membina Keupayaan Berasaskan Kelebihan Yang Kita Miliki’ dengan mencipta pembaharuan sendiri dan meningkatkan kemahiran diri dalam bidang-bidang yang boleh dikuasai seterusnya mendahului dunia. Kita tidak harus menunggu atau mengikut apa yang sedang dipelopori negara lain sahaja.

Seterusnya revolusi minda kreatif ‘Menerusi Kolaborasi Dan Komunikasi’ harus dilibatkan baik di dalam mahupun di luar negara bagi berusaha mewujudkan jaringan industri sekaligus memantapkan kualiti dan korporat.

Pada kesempatan yang sama baginda mengajak semua agar marilah bersama-sama menyemai nilai-nilai yang baik di dalam diri dan organisasi masing-masing dengan menyerap nilai-nilai teras bagi menghasilkan kod tatalaku atau sikap piawai yang diharapkan daripada seseorang warga kerja.

Nilai-nilai seperti kejujuran, hormat, simpati, berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap tugas atau amanah yang diberikan seumpama inilah yang akan rmemupuk dan membentuk sikap sebenar seseorang pekerja dan ahli organisasi