Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Datuk Hajah Tengku Shireen Datuk Paduka Tengku Suleiman serta para pemimpin kanan persatuan.

Program berkenaan bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti berunsur riadah dan kemasyarakatan bagi peringkat cawangan Perlis. Karnival ini juga adalah terbuka untuk semua golongan masyarakat tidak mengira agama, kaum mahupun peringkat umur. 

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah jualan dan pameran, pertandingan untuk ahli-ahli persatuan, pertandingan cabaran Maggi seperti memasak dengan Maggi, Maggi Pedas Gila, menghias kek dan lain-lain lagi.

Turut diadakan ialah pertandingan Bayblade, basikal lambat, gusti lengan, pertandingan karaoke, buih sabun, jualan Preloved, menghias cup cakes dan pizza, Craft station, Absailing serta rubic cubes.