Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Institusi diraja punyai peranan signifikan pastikan keharmonian negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Institusi diraja punyai peranan signifikan pastikan keharmonian negara

Institusi diraja punyai peranan signifikan pastikan keharmonian negara

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 17 September 2019 08:20
 

KANGAR 17 Sept. - Raja Muda Perlis bertitah institusi raja di negara ini mampu memainkan peranan yang signifikan kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. 

Tuanku Syed Faiuzuddin Putra Jamalullail bertitah, baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariahadalah tonggak masyarakat yang sejahtera.

"Seri Paduka Baginda selaku ketua negara menyedari bahawa baginda mempunyai peranan yang amat penting dalam melestarikan kesejahteraan di kalangan masyarakat dan rakyat jelata.

"Institusi raja di negara ini dilihat mampu memainkan peranan yang signifikan kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyertai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Khas’ yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena sambutan ‘Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI’ baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda ke siri kayuhan baginda kali ke 62 bagi tahun 2019 sejauh 12km itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor. 

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, ‘Institusi Raja akan sentiasa bersama rakyat bagi memerhati dan memberikan nasihat ke arah kebaikan semua pihak’.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda Perlis turut mengajak semua pihak agar sama-sama merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota pasukan keselamatan di bawah payung dan naungan Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sentiasa bersiap sedia dan rela mempertarungkan nyawa dalam bidang nasing-masing demi untuk mempertahankan keamanan, ketenteraman, keselamatan dan kedaulatan negara kita Malaysia tercinta ini.

Dalam program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM600 setiap seorang kepada seramai 32 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan selain singgah di tiga buah rumah asnaf di kawasan yang dilalui.

Turut serta berbasikal ialah Timbalan Rektor Universiti Muhammadiah Kalimantan Timur, Dr Adi Waluyo yang turut tersentuh hati dengan pengalaman beliau melihat pewaris takhta diiringi ketua-ketua jabatan kerajaan negeri menyantuni asnaf.

 

raja-1

 

 

Tambah istimewa dan bangga bagi beliau ialah inisiatif yang diambil oleh Tuanku Raja Muda untuk membantu, mencari bagi kembali menyekolahkan anak-anak dalam ‘Op Sifar Cicir Sekolah’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis melalui program ini.

Nada sama turut dinyatakan oleh amil bagi kariah Kampung Padang Melangit, Kasim Ahmad yang turut memuji langkah MAIPs yang diterajui sendiri oleh Tuanku Raja Muda Perlis yang sentiasa prihatin untuk turun padang menyantuni warga asnaf di seluruh pelusuk negeri Perlis sejak sekian lamanya.

"Di Perlis, penduduknya sungguh bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana institusi raja negeri ini sesungguhnya amat dekat dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti turun padang yang dilaksanakan bagi melihat dan merasai sendiri kemaslahatan rakyat." ujar beliau.

Bersempena kayuhan kali ini, baginda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi usahawan asnaf MAIPs berupa sebuah perniagaan kueh muih yang diusahakan oleh Shakinah Ariffin, 42 tahun (No Tel: 01121428059) sejak tahun 2013 dari alamat KM 8 Jalan Padang Melangit dan pada ketika ini sedang dalam proses untuk pertimbangan bagi mendapatkan bantuan modal daripada pihak MAIPs.

~ UTUSAN ONLINE ~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE