Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ibu bapa perlu faham cabaran dihadapi anak-anak - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ibu bapa perlu faham cabaran dihadapi anak-anak - Raja Muda Perlis

Ibu bapa perlu faham cabaran dihadapi anak-anak - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 17 September 2019 09:20

NARATIWAT, Thailand 17 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, zaman yang dilalui anak-anak hari ini jauh berbeza daripada zaman yang telah ibu bapa lalui.

nara-2

 

Titah baginda, cabaran dan gaya hidup seorang anak telah mengalami perubahan sehingga menjadi semakin sukar dan kompleks seiring kemajuan sains dan teknologi.

"Ironinya, dalam usaha mendidik anak-anak ini memerlukan komitmen semua pihak. Kita semua mesti sama-sama memainkan peranan positif ke arah membentuk jiwa remaja yang cemerlang di dunia dan akhirat," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat singgah untuk menunaikan solat jamak qasar bagi zohor dan asar dan seterusnya menyerahkan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM2,000 untuk tujuan aktiviti dakwah kepada Masjid At-Taqwa Kampung Teras di Narathiwat, Thailand baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba tetamu diraja dari Perlis yang sedang dalam perjalanan menaiki kenderaan darat dari Perlis ke Kelantan melalui Thailand bagi mengambil bahagian di dalam ‘Program Diraja Generasiku Sayang 2019’ yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bersama-sama dengan Universiti Malaysia Kelantan itu disambut oleh Imam, Kamaruddin Mohammad yang menerima sumbangan itu bagi pihak masjid berkenaan beserta para kepemimpinan masjid dan juga masyarakat setempat.

Mengiringi baginda ialah Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang turut menyampaikan ucapan sebelum itu kepada semua yang hadir.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan bahawa bagi melahirkan remaja berakhlak hebat, pendidikan nilai murni dan keagamaan adalah menjadi asas di rumah.

"Isu yang timbul hari ini berpunca daripada faktor dalaman iaitu didikan yang diterima remaja sejak kecil. Apa saja yang dialami kanak-kanak sejak lahir akan memberikan kesan kepada minda dan emosi mereka," titah baginda.

Terdahulu daripada itu baginda berdua disambut oleh Naib Gabenor wilayah Narathiwat, Patimoh Sadiyamu.

~ UTUSAN ONLINE ~

 

nara-1

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE