Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq my contact my feedback my sitemap my
faq my contact my feedback my sitemap my

 

 

This image for Image Layouts addon

Zakat Perniagaan

Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :  

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".    

DALIL-DALIL KEWAJIPAN ZAKAT

Berikut dinyatakan beberapa keterangan nas dari Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ yang menjadi sandaran kewajipan syariat zakat.

 

AL-QURAN :

وأقيموا الصلاة وءاتوا الزكاة

Dan dirikan solat dan tunaikan zakat 

SUNNAH :

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

بنى الاسلام على خمس: شهادة أن لااله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واقام الصلاة,

وايتاء الزكاة , وحج البيت, وصوم رمضان.

Daripada Abdullah Bin Umar RA berkata : Telah bersabda Baginda Rasulullah SAW: Dibina Islam itu atas lima dasar: Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan mengerjakan solat, dan menunaikan zakat, dan menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.

 

IJMA’

Telah berlaku ijma’ (kesepakatan pendapat) antara seluruh umat Islam yang terdiri dari kalangan para sahabat RA dan Ulamak-ulamak Islam terhadap kefardhuan zakat. Barangsiapa yang mengingkari akan kewajipan menunaikannya maka jatuhlah dia ke dalam kekufuran dan murtad.



SYARAT :
 
  1. Islam 
  2. Kepunyaan Mutlak 
  3. Niat Menjalankan Perniagaan 
  4. Cukup Haul 
  5. Cukup Nisab
 KADAR BAYARAN  
Apabila cukup syarat – syaratnya, wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40. Zakat perniagaan ini dikeluarkan dengan kadar 2.5% dari jumlah harta perniagaan. 

 

BIL

CONTOH PENAKSIRAN

 

1.

Barang- barang stok

RM 25,000.00

2.

Wang Tunai

RM 1,500.00

3.

Wang dalam Bank

RM 10,000.00

4.

Hutang yang dijamin pembayaran balik

RM 1,500.00

5.

Belanja

RM 2,000.00

 

JUMLAH

RM 40,000.00

 

Jumlah zakatnya : RM40,000.00 x 2.5% = RM 1,000.00

PENGIRAAN ZAKAT PERTUBUHAN

PELADANG KAWASAN PAYA 2009

 

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

PELABURAN - RM   164,047.00

 

ASET SEMASA

 

1. Stok - RM      28,003.00

2. Penghutang Perniagaan - RM    229,961.00

3. Penghutang Pelbagai - RM    849,488.00

4. Pinjaman Tanpa Cagaran - RM    273,402.00

5. Deposit Tetap - RM 1,040,484.00

6. Wang Tunai Di Bank & Tangan - RM    314,903.00

 

JUMLAH - RM 2,900,288.00

 

TOLAK

 

LIABILITI SEMASA

 

1. Pemiutang Perdagangan - RM       39,622.00

2. Pemiutang Pelbagai - RM 685,701.00

3. Pinjaman Jangka Pendek - RM       50,000.00

4. Deposit Ahli - RM     212,086.00

5. Yayasan Pelajaran Peladang - RM          2000.00

6. Tabung Pembangunan Peladang - RM     185,400.00

7. Peruntukan-peruntukan - RM         32.00

8. Skim Pelaburan Khas Peladang - RM         8,000.00

 

JUMLAH            RM  1,182,841.00

 

PELABURAN + ASET SEMASA – LIABILITI SEMASA   - RM 1,717,447.00

 

KADAR ZAKAT : 1,717,447.00 x 0.9999 x 2.5%     =   RM 42,931.89

 

JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR : RM 42,931.89


Please publish modules in offcanvas position.